Tadi buka puasa Kenny Rogers kat Jusco Perda dgn adik2 saya ni. Sekarang datang Sunway Carnivall sbb Hadi nak makan New Zealand Natural Ice Cream.
Seronoknya pegi sana sini dgr lagu raya berkumandang :D
P/s: Thanx Hadi 4 d icecream!
August 30, 2010
Icecream session w/ @d2z @maverickhornet @nikillas @uverXkuro
August 28, 2010
"A room without books...
...is like a body without a soul." - Marcus Tullius Cicero
Am currently at Jusco (AEON) Perda for an iftar with a friend, Zydah. While waiting i kill my time at the Popular book store. Yes, killing time at a bookstore is much worth it than window shopping. Anyway a few books catched my eyes but I obviously won't let myself buy them cause I still haven't finish A. Samad Said's Salina (currently reading) and Tilly Bagshawe's Sidney Sheldon - Mistress of the Game. I was stuck with thesis writing & couldn't find the time to finish both.
August 26, 2010
Pasar Ramadhan Bayan Baru, Pulau Pinang
Hari ni merantau cari juadah berbuka puasa kat Bayan Baru, Pulau Pinang. Ni kali pertama dtg sini. Param kat sini boleh tahan besar dan byk pilihan makanan juga. This is one of the famous param in Penang.
Kat sini ada nasi lemuni yg terkenal kat Pulau Pinang tp ssh jugak nak carik. Hari tu cuba nasi lemuni pun kat Taman Tun Sardon. Lain2 makanan kat sini sama mcm kebanyakan param jugak - murtabak, kuih muih, kebab, ayam percik dan air yg pelbagai jenis.
August 25, 2010
The moon phase is 100% tonight
Malam ni bulan penuh. Subhanallah,cantik sangat. Langit cerah kat Nibong Tebal, tak banyak awan so nampak bulan penuh yg sangat cantik. Usually kalau bulan nampak penuh pun, the phase selalu sampai 99.8% je. Bulan 100% selalunya jadi waktu siang je. Last time tunggu bulan 100% pukul 9pagi. Mana la nak nampak kan. Huhu.
August 22, 2010
After-Iftar session: Starbucking
Am starbucking at Starbucks, Pavilion with the girlfriends - Sha, Baiti, Hanie, Fadilah, Sharmi, Eda & Naddy. We just had our iftar at the Food Republic and i had my favourite Salmon Tepanyaki. It's the gossiping time and later i'm off to KL Sentral to go back to Penang :(
August 21, 2010
Kuala Lumpur again!
Yes i'm back in my lovely hometown again, Kuala Lumpur. Last weekend I was home to have my first break-fasting with my family and was back in campus on Monday. Today I am home again as per request by the girlfriend for our annual iftar get-together as there is no other available date for us to gather. So I'm meeting them tomorrow. Can't wait! It's been a while since we hang out together.
August 20, 2010
Pasar Ramadhan Jawi, Pulau Pinang
Episod mencari pasar ramadhan bersambung lagi. Hari ni cari param sampai ke Sg.Bakap tapi xjumpa. So patah balik ke Jawi. Param sini kecik je, xbesar mana pun. Tapi ada akok! Dah carik kat 3 param sebelum ni xjumpa. Jumpa kat Jawi, dah la dia masak on the spot lak tu. Hopefully rasa akok tu x menghampakan.
Hari ni berbuka dgn akok, air jagung dgn mee sup daging.
P/s: malam ni balik KL!
August 19, 2010
Pasar Ramadhan Nibong Tebal, Pulau Pinang
Genap dah pasar Ramadhan kat 3 buah negeri yg bersempadan mengelilingi Kampus Kejuruteraan USM. So today, the destination for food hunting is at Nibong Tebal. The pasar here is not really as big and happening as the one in Parit Buntar or Bandar baru. Tapi kat sini ada karipap gergasi. Rugi x amek gambar. Kat kedai kuih ni jugak ada kuih serabai. So juadah hari ni agar2, nasi tomato, paru berlada dah air tebu.
Happy break-fasting!
Pak Mat Kerang Rebus, Parit Buntar
Tiap2 tahun bila bulan puasa mesti banyak kedai kerang bakar kat area sini. Salah satunya yang famous kat sini kedai kerang rebus Pak Mat. Macam dah perkara wajib bila bulan puasa carik kerang rebus kat area sini. Dulu kedai Pak Mat kat tepi Hospital Parit Buntar, sekarang kedai ni pindah kat Pekan Lama Parit Buntar.
August 15, 2010
Berbuka Puasa di Crown Plaza
Berbuka puasa di Crown Plaza ikut mak. Ofis mak buat buka puasa di sini. Hari ni hari makan puas2 sebelum pulang ke kampus :P ada macam2 kat buffet sini termasuk Japanese food and Arabic food. kuih2 Melayu pun mcm2 jenis termasuk wajik, onde-onde dan cek mek molek.
August 13, 2010
Tarawikh pertama Ramadhan ni dengan keluarga
Setelah 3 hari bertarawikh sendiri di kampus, akhirnya dapat bertarawikh dgn keluarga - mak, makcik & sepupu di Masjid Nurul Hidayah, Kampung Pandan. Teringat masa kecik2 berjalan ke masjid dgn atuk, tp atuk dah xlarat nak jalan ke masjid dah sekarang.
Seronoknya dapat berbuka & beribadah dgn keluarga. Alhamdulillah :)
August 12, 2010
Pasar Ramadhan Bandar Baru, Kedah
Hari kedua puasa keluar cari juadah di pasar ramadhan lagi. Kali ni ke Bandar Baru, Kedah pula. Bunyi mcm jauh je kan carik makanan berbuka. :D
Hari ni beli kueh dan ayam percik dan air jambu je. Kueh tu kueh serabai. Akhirnya dapat jugak serabai tanpa perlu pegi ke Taman Tun Sardon, Penang. Sedap tak sedap lepas berbuka baru tau ye. :P
August 11, 2010
Pasar Ramadhan Parit Buntar
Hari pertama puasa carik juadah berbuka kat Pasar Ramadhan Parit Buntar, Perak. So far selama 7 tahun puasa kat sini, ada 2 pasar yang tau. Lagi satu kat Bandar Baru, Kedah. Kalau ada pasar baru kat Nibong Tebal, Pulau Pinang, boleh lengkap 3 negeri jalan carik juadah berbuka. :D
Apa2 pun, selamat berbuka puasa kawan2. Selamat berbuka ni selamat dah 1 hari kita berpuasa. Waahh nak raya!! :D
August 8, 2010
Doli kuey teow goreng
Setelah lama tak makan, dapat jugak akhirnya singgah Taiping makan Kuey Teow Doli yang terkenal ni. Jemput makan ye semua :D
August 2, 2010
Mari pulang ke kampus tercinta
Tengah tunggu keretapi kat KL Sentral utk pulang ke Parit Buntar. Tadi dinner dengan mak & sepupu, Diba dan diorang hantar ke sini. Tapi diorang dah balik. Tren sepatutnya berlepas pukul 10malam mengalami penangguhan dan dijanka berlepas jam 1020 mlm.
Guilty pleasure~ finally!
Setelah lama mengidam Wendy's akhirnya dapat jugak! Oh my cheese & cheese baked potato~ *drool*
Bila ntah nak ada Wendy's kat Penang.
Jemput makan! Hehe.
August 1, 2010
Bersihkan kubur
Sekarang ni ada kat Tanah Perkuburan Jalan Ampang. Dari kecik selalu datang ikut atuk bersihkan kubur saudara mara sebelum raya. Tapi sekarang atuk dah tak larat, jadi anak cucu yang datang bersihkan. Hari ni datang dgn mak, makcik & sepupu. Kat sini (Jalan Ampang) je ada 13 kubur termasuk nenek, makcik & pacik & moyang2. Lepas ni ke Tanah Perkuburan Jalan Kuari, Cheras pulak.
2 kubur dlm gambar ni yg kiri kubur nenek yg meninggal thn 1968 dan yg kanan kubur pakcik (menantu nenek) yg meninggal 4 Januari 2010.
Al-fatihah.