Pages

December 5, 2011

Kuih Bunga Pundak


[Live blogged by julia a.k.a bubbles182 at 5 Dec '11, 3.36pm MYT]


Masa buat sesi lawatan ke utara dgn mak few years ago, masa bershopping2 kat Pekan Rabu, kitorang dikenalkan dengan sejenis kuih yang dikatakan terkenal di utara terutamanya di Kedah iaitu Kuih Bunga Pundak. Sedap jugak kuih ni. Ada inti kelapa. Nama kuih ni adalah sempena nama bunga pundak.
Hari tu layan2 Facebook, nampak ofismate Erna check in Pekan Rabu. So mintak tlg Erna belikan sbb so far x jumpa lg kat tempat lain. :D

p/s: masih mencari kuih jala mas kat tgh2 kota kuala lumpur ni...huhu..



December 2, 2011

Asyik kena bedah je incik boifren saya


[Live blogged by julia a.k.a bubbles182 at 2 Dec '11, 6.53pm MYT]


Sejak pergi hantar incik boifren ketuk pintu belah kanan yang kemek sbb eksiden hari tu, memang rasa ada yg tak kena dengan tingkap kat tempat driver. Ada bunyi2 bila nak bukak tutup tingkap. Lately, x bukak tutup pun ada bunyi jugak. Tgh hari tadi paling kritikal bila nak keluar lunch, tingkap turun senget. Naikkan pun nampak senget. Tp tutup rapat lg. Td nak balik terlupa dah camtu, turunkan tingkap. Naik x leh rapat langsung. :( jalan la jugak dgn tingkap tak rapat tu. Huhu. Ingat nak pegi esok je kedai. Sbb ptg dah plan nak melawat baby dgn B. Tp cik B tak mereply Whatsapp.. By the time masuk area rumah trs terpikir nak singgah kedai dekat rumah tu. Pastu cik B lak msg kata tertido.. :| so di Pandan Utama inilah incik boifren saya dibedah lagi sekali. Sekian. Wassalam.

P/s: Happy belated birthday incik boifren. :D



November 18, 2011

Yayy I've got mine!!


[Live blogged by julia a.k.a bubbles182 at 18 Nov '11, 7.30pm MYT]


Been hearing everyone talk about the Starbucks card and been wanting the card so badly! i havent been to Starbucks for quite a while so tunggu je lah.. But now i'm at the Berjaya Times Square so i can finally get my Starbucks card yayy!! And the cardholder too weeee! I'm a happy girl. :D

Last year i didnt manage to collect all stamps for the Starbucks planner on time, so someone bought me the planner instead. Agak2 this year ada org nak belikan lg tak kalau tak sempat kumpul point lagi? :P



September 24, 2011

Akhirnya berjaya merajinkan diri membuat puding roti berkuah kastad


[Live blogged by julia a.k.a bubbles182 at 24 Sep '11, 8.53pm MYT]


Puding roti ni salah satu makanan kegemaran jugak. Tapi tak pernah try buat sendiri. Selalu makan kat mana2 buffet atau yang makcik2 pernah buat. Tapi lagi suka makan puding roti kalau yang hidang dengan kuah kastad sekali.
Dari minggu lepas dah beli susu roti semua tapi asyik malas je nak buat. Dari hari ke hari, akhirnya tadi berjaya merajinkan diri membuat puding roti jugak. Dengan kuah kastad sekali. Yayyyy! Puas hati dengan masakan sendiri. Ok lah for first timer kan. Mak pun kata ok. Hehe. Pasni boleh buat lagi! :D



September 20, 2011

Cenderahati dari Vietnam


[Live blogged by julia a.k.a bubbles182 at 20 Sep '11, 12.31pm MYT]


Pagi-pagi dapat call dari Kak Hazrina kat Chancellery suruh datang ambil barang. So pergi lah ke Chancellery untuk mengambil barang yang dimaksudkan. They're souvenirs from Vietnam, from the kakaks - kak hazrina, kak azura and along. They went to Vietnam last week till yesterday with the IMU staff trip. Thank you, kakaks!



September 9, 2011

Kedai Rakyat 1Malaysia


[Live blogged by julia a.k.a bubbles182 at 9 Sep '11, 10.36pm MYT]


Sejak kedai rakyat 1Malaysia kecoh diperkenalkan, tak pernah lagi try pergi. So tadi alang2 nak carik barang, kakak sepupu ajak singgah kat kedai rakyat 1Malaysia kat Pusat Komuniti Bandar Tun Razak. Kedai dia macam kedai2 lain jugak cuma barangan yg dijual menggunakan label 1Malaysia. Sama je mcm konsep Tesco, Giant, Carrefour dan Hero. Barang ok lah murah harga. Siapa yg utamakan penjimatan boleh la membeli kat sini. Siapa yg malu or pentingkan jenama tu, no komen la ye.
Saya x malu mengaku saya shopping kat Mydin je. :)



August 29, 2011

Menyiapkan incik boifren nak menyambut raya


[Live blogged by julia a.k.a bubbles182 at 29 Aug '11, 9.35am MYT]


Sempena nak menyambut raya esok , insyaAllah, kena lah siap2 kan incik boifren jugak kan. Tak kan la gefren dia je nak beraya sakan. Kesian la dia kan. Hehe. By the way sebenarnya lama dah kena hantar servis tapi sebab (konon) busy melampau, tak menyempat nak ke Perodua Service Centre. Ni pun baru tau ada pusat servis kat Pekan Ampang, dekat sikit dgn rumah. Padahal lalu jalan ni banyak kali tapi tak sedar kewujudan pusat servis ni. Huhu. Yelah... Sebelum ni kebanyakan servis kat Penang je masa zaman belajar dulu kan. Anyway Perodua kat Pekan Ampang ni ok jugak. Despite the congestion kat area ni, pusat servis ni betul2 tepi jalan, senang nak cari. Dan lagi satu, wifi connection dia not bad. Laju je surf guna iPad dari tadi. So memang x boring la kan. Hehe.

Sape2 yang nak drive balik kampung tu jangan lupa check kereta dulu ye. Drive safe, everyone!



August 27, 2011

Malam 7 likur


[Live blogged by julia a.k.a bubbles182 at 27 Aug '11, 12.18am MYT]


Masa kecik-kecik, start 10 malam terakhir puasa je, lepas berbuka kitorang mesti berebut nak pasang lampu pelita 7 likur. Sangkut pelita kat luar, nyalakan api terang rumah menjelang Syawal. Start pasang malam ke 10 akhir, pastu selang sehari sampai malam ke 3 akhir pasang straight sampai raya.
Lampu pelita kitorang bukan yg plastik yg boleh dibeli di mana-mana tau. Tapi special punya. Botol Brylcreem zaman dulu kala, zaman atuk muda mudi dulu. Botol tu botol kaca tutup besi. Atuk tebuk penutup tu untuk letak sumbu. Pelita ni la yg kitorang guna dari kecik2 dulu. At least yg ingat, sejak 20thn yg lepas. Usia sebenar pelita botol Brylcreem tu masih tak dapat dikenalpasti. :P
Btw, semua dah ready nak raya? Hehe.



August 19, 2011

Jom shopping raya jommm!


[Live blogged by julia a.k.a bubbles182 at 19 Aug '11, 12.33pm MYT]


Hari pagi2 dapat emel yang menyejukkan hati, management nak bagi voucher jusco sempena nak menjelang raya ni. Hehe. Ni dah ambil dah voucher tu, total few hundreds ringgit jugak la. Kachinggg! Shopping raya,baybeee! Hehe. Btw, hari ni me and mum both ambik cuti halfday. Nak pegi hantar barang2 used yg dah xnak lagi kat pbsm. And hopefully sempat tengok Syawal kat Hospital Pantai yang dah 3 hari kat dalam tu sbb kena jangkitan paru-paru.



August 15, 2011

Saya baru sedar darah saya tak pernah diambil


[Live blogged by julia a.k.a bubbles182 at 15 Aug '11, 4.39pm MYT]


For some reason, I gotta do medical check-up. This is not the first check ups i went to. Pernah je masa nak masuk degree dan master dulu. Tapi tak pernah pulak teringat yang kena ambil darah. And tak pernah jugak seumur hidup ni pergi menderma darah. Huhu. So, tadi pergi IMU Specialist Clinic for medical check up. And tetiba kena ambik darah. Takut wooo! Nurse kata vein dah senang nampak, obvious dah tp xdapat2 gak cucuk. Pastu nurse tu kata vein tu lari so susah nak amek darah. Tapi last2 dapat jugak. Huhu. So, tak la sakit sangat rupanya ambik darah ni. :P



June 29, 2011

Moving to the new work station


[Live blogged by julia a.k.a bubbles182 at 29 Jun '11, 11.53am MYT]


Been tiring these 2 days packing and moving to a new work station. Same level but relocated at a new room. Academic Program Development has a new work station yaww!
We are basically rebuilding our unit. New place, reorganizing our stuff and documents, restructuring the job scope. Yeah, when i leave this place, the new personnel should remember me being the one contract staff who help the manager setting up the unit. Haha. Kidding! :p
In the picture, the ITS guys helping shifting my manager's computer from the previous office to our new place. Thank you, korang!



June 27, 2011

Layan Monday blues kat balai polis


[Live blogged by julia a.k.a bubbles182 at 27 Jun '11, 12.02pm MYT]


Monday blues kat office pagi tadi jadi tak berapa nak blues when I got a call from my manager telling she's involved with an accident with a motorcycle. She told me that the guy yang langgar her car, means she's innocent. But she, being herself, brought the guy to the hospital, paid for the registration fee sekali. Haishh. Btw, here I am, accompanying her at the police station to make a report. And she didn't even have the motor registration no. Boleh x? Isk3. We sms-ed the guy's friend for the reg no, he gave. Then he asked my manager to not make the report because he doesn't have the road tax. Now who's to blame?



May 20, 2011

Si hensem Hadief kecederaan


[Live blogged by julia a.k.a bubbles182 at 20 May '11, 10.17pm MYT]


Tengah sibuk kat sana sini pasal #asidsplasher atau penyimbah asid, tetiba dapat tau anak buah kesayangan sorang tu melecur tangan kena air panas. Adehhh~ ape lah budak hensem sorang tu. Macam2 hal pulak..
Malam semalam ayah dia mms gambar. Sayu pulak tengok, so balik kerja tadi ajak mak pegi tengok Hadief kat rumah nenek dia. Bawak Nurin sekali. Tak padan luka kat tangan tu... Ligat dia. Tapi berhati2 gak nak main dgn dia, takut terkupas teruk dan berdarah lagi teruk.
Semoga cepat2 baik Hadief.

Kesimpulannya, kena asid kat tepi jalan ke, kena air panas kat rumah ke, kemalangan boleh berlaku di mana2 bila2 masa. So berhati2 lah dan ingatlah orang tersayang.



May 18, 2011

Yong Tau Fu, Kampung Pandan


[Live blogged by julia a.k.a bubbles182 at 18 May '11, 2.18pm MYT]


Tadi mata merah balik, lepas beberapa minggu dah baik. Mata merah dan pedih, and I became a bit scared so took out the lenses. Asked cousin Along to send me back to take my glasses. I couldn't drive home after working hour without neither lens or glasses, could i? On our way back to Bukit Jalil, we drop off at the Kampung Pandan famous yong tau fu. Kedai yong tau fu tu dah ada kat situ since like forever kot. At least I grew up makan kat situ. Balik sekolah agama Al-Watan singgah situ. Kalau org Kampung Pandan x tau kedai ni, jangan mengaku org Kg.Pandan la ye. :p



April 22, 2011

IMU bowling not so official tournament


[Live blogged by julia a.k.a bubbles182 at 22 Apr '11, 7.44pm MYT]


The kakaks from one of the department send out emails to ask us to join a bowling get together, tournament for fun. The plan was to go to Endah Parade, but due to some circumtances the venue was changed to Bukit Jalil Golf Club. 20 players are currently playing. Well i was supposed to go for my tuisyen class but i cancelled the class cos im having a cough and im losing my voice now. Effa join the bowling and she asked me to tag along, so here i am! Hehe.



April 4, 2011

Day 2 without laptop


[Live blogged by julia a.k.a bubbles182 at 4 Apr '11, 10.05am MYT]


It's day 2 without laptop and I feel like dying already. Dah la hari ni ada MQA accreditation visit, means I'm not at my desk - no computer. Ok all together, aargghhh!
Ok, what actually happened to my laptop was it was infected (sound serious ey?) by stupid virus and instead of looking for the anti virus whatever thing, i wanted to restore like I once did. I mean, restore to the factory setting. Little did I know, i misplaced the backup CDs. I only realize it AFTER I restored the laptop to the zero system. Yayy! Clap clap to the genius Julia. -__-"
And now I'm left with nothing. Yes. NOTHING! *cries*

On the other hand, have you heard about the beast teacher who beat and abused a 7 years old boy till death, just because the teacher claimed that the student stole RM7? Does one's life too cheap, as much as RM7 to that 26 years old beast who thinks he can do that? Stupidness! He's a teacher. In a sekolah agama, for God's sake! Astaghfirullah.. Hope he realize what had he done..

Al fatihah adik Saiful Syazani.. May you rest in peace..



April 1, 2011

My idli breakfast!


[Live blogged by julia a.k.a bubbles182 at 1 Apr '11, 10.04am MYT]


Dah lama tak makan idli. In fact dah lama x makan Indian food like tosai, capati etc. Hari ni dapat idli for breakfast. The kakaks at the office decided to share rezeki masing2 dapat bonus with the department staff. So setiap orang gilir2 belanja breakfast utk 3 minggu mula semalam. Tapi exception untuk yang baru masuk kerja sbb tak dapat bonus. Kitorang tukang makan je. Haha.
Semalam kak rina belanja nasi lemak. Hari ni Denize belikan idli. Hari tu plan nak makan idli for Nida's birthday tapi x jadi.
Thank you Kak Rina & Denize! Tengok next week dapat apa pulak. Hehe.



March 26, 2011

Celebrating Earth Hour @ Sunway Pyramid


[Live blogged by julia a.k.a bubbles182 at 26 Mar '11, 8.43pm MYT]


Tgh boring2 kat rumah, ajak la budak2 Een, Kerel, Andy keluar. Yang lain2 semua ada hal. Tujuan asal ke Empire tapi bosan and x tau nak makan apa, so we headed to Sunway Pyramid instead. Kebetulan ada sambutan Earth Hour 2011, kitorang pun decide nak stay and support the Earth Hour celebration. Nice. They give away candles for us to lit. After countdown, at 8.30pm they switched off the lights around Pyramid.
Now ada siapa ntah shuffle2 atas pentas.
And bumped into Kak Yan @bugbitesandco here! Semalam sama2 check in kat Pavillion. Ada jodoh betul. Hehe.



March 15, 2011

The IMU Registrar's last day


[Live blogged by julia a.k.a bubbles182 at 15 Mar '11, 12.39pm MYT]


Today is the IMU Registrar's last day of working here after 18 years she had been with IMU. She's one of the youngest and coolest registrar i've ever met. Been admiring her since the day i first met her. We had the farewell party + her birthday party last week, where we the Chancellery ladies perform dikir barat.
Anyway that's the card i made for her, from the Chancellery while the chocolate is home-made by her. She gives us one box each.
All the best, Puan Noraidah. We'll miss you!



March 9, 2011

One of my favourite photos with Nurin


[Live blogged by julia a.k.a bubbles182 at 9 Mar '11, 2.29pm MYT]


Kalau duduk2, tengok2 gambar dalam handphone ni, sampai kat satu gambar ni mesti tiba tiba nak tersenyum sorang2. Gambar dengan si buah hati pengarang jantung, Nurin Adrianna masa kenduri tahlil atuk saudara dalam sebulan dua yang lepas. Masa tu Nurin dah boring sangat, dan dah mengantuk. Pastu mula lah carik tempat2 strategik nak baring sbb takde bantal. Last2 makcik dia yang comel ni. :p
Suka tengok gambar ni.. Xtau kenapa.. :)



February 19, 2011

Jejalan Melaka bersama rombongan #knizamkawen


[Live blogged by julia a.k.a bubbles182 at 19 Feb '11, 6.16pm MYT PST]


Buat pertama kalinya berjalan2 kat tengah2 bandar Melaka dgn memakai baju kurung. Terasa pelik jugak ni. Tadi ingat nak pusing2 dlm Dataran Pahlawan je, x bajet nak tukar baju. Sekali dorang nak jejalan kat luar pulak. So daripada beberapa kereta yg ikut konvoi tadi, ni la ahli rombongan yg tinggal berjalan2 di tengah bandar Melaka.



Konvoi ke Melaka untuk #knizamkawen


[Live blogged by julia a.k.a bubbles182 at 19 Feb '11, 4.00pm MYT PST]


Kat Jasin, Melaka untuk perkahwinan live blogger tegar, @knizam94. Dari KL kitorang 3 kereta, tambah lagi 5 kereta tunggu kat r&r ayer keroh.

Tahniah knizam and wife!

Yg ada kat sini skrg, @sickchild72 @ayongqiela @fzren @khairilafzal @amanfirdaus @roslan_nazri @andyhowtt @piratz @azmanishak @cuak_team @azri83 @icednyior @mrkaymy @holocoustine @shamhardy @tekong @n3thead @noktahhitam @loqoe lg dah tak terkire. Huhu



February 7, 2011

Chinese New Year Angpow


[Live blogged by julia a.k.a bubbles182 at 7 Feb '11, 12.49pm MYT PST]


Being the youngest and not married yet, one of the Chinese kakaks in the office gave me CNY angpow! Wehoo. But with the ucapan "you kahwin cepat so next year i x perlu bagi you lagi." hahaha. Thank you, Mariam!
And thank you jugak kat kak Merrina for the fridge magnet from Cameron Highland! These just made my day. Mood kerja yg dah hilang sebab cuti yang lama kembali semula. Cewahhh.
Btw, hari ni ada celebration birthday IMU president. Makan lagi!!



February 6, 2011

Sepetang di Tanjung Harapan


[Live blogged by julia a.k.a bubbles182 at 6 Feb '11, 6.21pm MYT PST]


Went to Amcorp Mall just to found out that the flea market is not open today. Sedih! So this friend of mine yang konon keboringan jugak drive us here - Tanjung Harapan, Klang. I dont know why are we here exactly. It's so sunny and if i get sun burn, i'll put the blame on him, for sure.
Anyway, it's been ages since I last came here for seafood dinner with family. So, Kak Lina, bila lagi? :p



February 3, 2011

From the top of the Broga Hill!


[Live blogged by julia a.k.a bubbles182 at 3 Feb '11, 7.44am MYT PST]


Live blog from the peak of Broga Hill, Semenyih. Yeahh! Finally! Setelah berapa lama nak naik sangat. Last hiking was to Muka Head Light House, Penang in October 2008. Honestly memang pancit gak tadi walaupun bukit ni tak tggi mana pun. Tapi sangat windy. Sejukkkk! Waiting for the sunrise! Beautiful scenery. Subhanallah...



January 27, 2011

Cincang cili lumat lumat


[Live blogged by julia a.k.a bubbles182 at 27 Jan '11, 7.43pm MYT PST]


Hari ni cakap kat mak nak masak ikan talapia masak cili. Tapi cili merah tu tak nak tumbuk macam biasa. Nak bagi mak makan macam mana org masak masa duduk hostel dulu.
Kat hostel sebenarnya tak boleh masak, tapi kitorang seludup masuk multicooker and masak dalam bilik. Sshhh~ hahaha. Pastu dah kata pun seludup je kan, maka takde la blender atau lesung batu. So bila teringin nak buat nasi goreng ke, makanan yg bercili ke, ni lah caranya. Cincang cili tu sehalus yang mampu. Dlm gambar tu tak cukup halus lagi. Tp tangkap gambar dulu takut lupa. Hehe.
P/s: rindu nak masak2 dalam bilik dgn exroommate yg skrg tengah pregnant. Hehe. Congrats, zyd! ;D

IMU Aspire sourvenir


[Live blogged by julia a.k.a bubbles182 at 27 Jan '11, 12.03pm MYT PST]


The International Medical University (IMU), the place where I'm working on contract now is launching its Project ASPIRE - IMU Strategic Plan 2011 - 2015 today. We also got the sourvenir, a notebook and a button badge. Yay! First stuff i got from IMU. Haha. Plus, I got a button badge to add to my collection. Yes I collect button badges. But it has been awhile since I buy or got a new one. :D



January 23, 2011

Berkumpul dan makan makan bersama keluarga


[Live blogged by julia a.k.a bubbles182 at 23 Jan '11, 2.57pm MYT PST]


Hari ni keluarga Tok Mat kitorang berkumpul untuk makan makan. Dah lama tak berkumpul saja saja macam ni. Kalau berkumpul selalu pun samada untuk open house raya atau harijadi sesiapa. So kitorg decide nak berkumpul hari ni, last minute plan. Bakar bakar ikan, simple steamboat dan lain2 lagi. And yang paling meriah, semua pakai baju sama colour - hitam! Enjoyyyyy!



January 20, 2011

Undangan majlis perkahwinan @knizam94


[Live blogged by julia a.k.a bubbles182 at 20 Jan '11, 4.50pm MYT PST]


Jumpe twitter friends kat KL Sentral sebab diorang nak bagi kad undangan dari @knizam94 yang jauh di perantauan. Time kasih @azmanishak yang menjadi tukang bagi kad, bagi pihak knizam. Budak2 ni dah start buat plan konvoi dah.



January 18, 2011

Leaving Kota Kinabalu, Sabah


[Live blogged by julia a.k.a bubbles182 at 18 Jan '11, 9.27am MYT PST]


Boarding any time soon, and i feel sad. This is my first trip to Kota Kinabalu and I've fall in love with Sabah already. Generally, ok. Not with the warrior guy in Monsopiad village *wink* Made a promise to myself that i'll come back one day since there are still many places i didnt have enough time to visit.
One thing for sure, Sabahans are friendly! Love them for that. Kudos!
Cant wait to blog about my trip. ;D



January 17, 2011

#iheartborneo Jambatan Tamparuli, Sabah


[Live blogged by julia a.k.a bubbles182 at 17 Jan '11, 4.47pm MYT PST]


Jambatan yang terkenal di Sabah kerana terdapat lagu rakyat yang bertajuk Jambatan Tamparuli, juga pernah dinyanyikan oleh Marsha dalam Akademi Fantasia musim ke3.



January 16, 2011

#MyKKtrip Sunday Market Gaya Street


[Live blogged by julia a.k.a bubbles182 at 16 Jan '11, 10.56am MYT PST]


Today marked a history in my own life as it's my very first time coming to Sabah. Means, i've completed all the 13 states in Malaysia. Yay to me! Hehe.
Arrived at KK international airport at 9.36am, took the car from the rental company and headed straight to Gaya Street for its well known Sunday morning market. Gotta do some cuci mata here! Daa!



January 11, 2011

Another invitations...


[Live blogged by julia a.k.a bubbles182 at 11 Jan '11, 9.06pm MYT PST]


Meeting up with 2 schoolmates, Ashraf Saim and Fadilah Zakaria at Starbucks Jusco Maluri. Been a while since i came here. The place where we used to hang out during high school. anyway, both Acap and Fadilah are sending out their wedding invitation cards. Oh, separate weddings, ok. Haha.
Got home earlier this evening with another card waiting at home from Erma, exKMNS mate.



January 5, 2011

Musim hujan di Kuala Lumpur


[Live blogged by julia a.k.a bubbles182 at 5 Jan '11, 5.53pm MYT PST]


Sejak dua menjak ni asyik hujan je bila petang kat Kuala Lumpur. Ni dalam tren aliran Ampang dari Sri Petaling nak balik rumah. Tadi hujan lebat sangat tapi sekarang dah reda sikit. Semalam bawak kereta, kat area bdr tasik selatan kereta gerak peelahan sebab banyak kawasan air bertakung. Hari ni naik train sebab malas redah jem. Hehe.

P/s: Siapa tahu nak off bunyi camera n8? Agak terasa sengal jugak bunyi camera dalam tren tetiba.



 
Powered by Blogger.

Blog Archive

Flickr

www.flickr.com
This is a Flickr badge showing public photos and videos from juLia d buBbles. Make your own badge here.